Image hosted by TinyPic.com


Nama:
Laman:
Pujian:
by: doneeh.com

April 23, 2008

DIA PULAK

Aku dah sihat. Lama dah.

Semalam : Sayang kena campak!

Dia pulak!

Parah ni. Anak nyusu badan lagi.

Dugaan. Dugaan.


April 10, 2008



CAMPAK

Aku kena chicken pox (betul tak ejaan ni?).

Cuti seminggu. Balik ke Perlis.

Rindu kat anak.

Dan rindu kat emaknya.Eheem...

Sayangnya aku cuma memandang anak (dan emaknya) dari jauh. Tak boleh dekat.

Nak cium anak (dan emaknya ) pun tak dapat. Kesiannya.

Huhu. Sedihnya.

March 30, 2008


BAPA BARU

Menjadi seorang bapa adalah perkara baru bagiku.

Mungkin aku arif tentang ibu mengandung tapi perkara semasa bersalin dan selepas bersalin amat asing sekali. Begitu juga penjagaan bayi. Dan pantang larangnya.

'Nanti tolong belikan maternity pad'
'Ada ke maternity pad?Pad biasa tak boleh?'

'Apasal ada benda kat pusat ni?Doktor lupa nak buang ke?'
'Nanti dia luruh sendiri...' Bini aku jawab.

'Bengkung ni apa guna?'
'Baby wipe ni apa?'
'Ubat pusat pun ada?'
'Ni apa letak gunting kat bawah bantal anak ni?'

Haha.

Selamat menjadi bapa Lan!



March 24, 2008

UMAR

Umar Raiz Solihin. Kami panggil Umar. Belah utara nak panggil Raiz. Belah selatan nak panggil Solihin. Aku guna kuasa veto : SEMUA PANGGIL UMAR!

Haha!

Kami menghadapi rintangan semasa Umar dilahirkan. Umar terus dimasukkan ke ICU kerana tertelan air ketuban ketika keluar dari *tuut* ibunya.

Umar menghadapi masalah sukar bernafas dan jangkitan di paru-paru.

Hati ibu dan ayah mana tak sedih tengok keadaan anak berbelit tiub oksigen, cucuk sana sini.

Syukur, masuk hari kelima Umar dibenarkan keluar. Tiada lagi jangkitan.

Umar sudah pulang ke rumah. Menjadi tumpuan seisi kampung. Menjadi pengacau di tengah malam seisi rumah. Hehe.

Makin kuranglah tidur ibu dan abahnya!

Alahai Umar!


March 17, 2008

BAPA/AYAH/ABAH/PAPA/DADDY

Tepat jam 12.52 tengahari semalam, 8 Rabiul Awwal 1429 Hijrah bersamaan 16 March tahun 2008 Masihi, dengan beratnya 3.2 kg, maka lahirlah seorang insan yang diberi nama Umar Raiz Solihin.

Yup, aku sudah menjadi ayah sekarang ni.


March 12, 2008

PASCA NGUNDI 3

Khabarnya MB (sekarang bekas MB) itu menangis apabila partinya tewas teruk dan negerinya jatuh ke tangan pembangkang.

Beliau mengunci diri di ofisnya dan langsung tidak mahu bertemu wartawan. Kasihan.

Aku harap dia menangis kerana menyesal gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat.

Bukan menangis kerana tidak lagi mendiami 'istana' atau gagal mengaut kekayaan hasil dari wang rakyat.


March 11, 2008

PASCA NGUNDI 2

'Anwar tiada apa-apa....'

'PKR akan berkubur selepas pilihanraya...'

Cakap-cakap besar sebelum pilihanraya.

March 10, 2008

PASCA NGUNDI

'Camno Pak L*h nak balik Penang. Kono lalu Selangor ngan Perak. Nak balik mano? Balik Rembau lah!'

Lawak jiran-jiran aku sehari lepas mengundi.


Oh ya, Pak L*h jangan lupa bawak buku kedatangan wakil rakyat di Parlimen nanti ya. Catit kedatangan wakil rakyat kerajaan.

Macam sekolah la pulak.

Dan, Pak L*h jangan tak datang ya!




March 08, 2008

'Ko ngundi mana?'

Aku malas nak jawap aku tidak mendaftar untuk mengundi.

'Aku malas nak ngundi.Aku dah tau sapa menang' Jawap aku.

Ya tuan-tuan dan puan-puan. Kita tahu sapa yang akan menang.

Cuma kita tak tahu menang besar lagikah seperti 4 tahun sudah.

...

Heheh kitorg pakat pangkah H*ron Din. SMS bini aku pagi tadi.

Famili bini aku bukan penyokong parti bulan. Parti yang lagi satu.

Depa tak suka calon bagi kerusi Parlimen kawasan tersebut. Adik MB.

MB tendang penyandang kerusi itu ke DUN. Ambik adik sendiri ganti.

Politik.

Hehehe.

...

March 03, 2008

Masa ni lah korang mintak bantuan.

Masa ni lah korang mintak buat sekolah. Buat rumah. Buat masjid. Buat universiti.

Masa ni lah korang mintak tanah.

Masa ni lah korang mintak itu ini.

Masa ni lah. Gunalah peluang ni.

Sekali saja. 4-5 tahun akan datang baru boleh mintak lagi.

Cepat-cepat mintak!

Pasal aku

Lan| 20+| Selatan| Bujang| Smoker Kelas Expert| LIVERPOOL| Kucing| Coklat| Bekerja| Pendiam| Bolasepak| Suka Mengurat| Universiti Serdang| Kartun| Perasan Hensem| Komik| Law drop-out|  Berangan| Truly, Madly, Deeply in Love|

Ingin berkenalan?

surat : bukanakukata di yahoo

borak : bukanakukata di YM

Wajib masuk!

Gambar Bogel| Famili Album| GeJu| Pika| Mat Jan| P-Nut| Tokei Pajak| Pak Long| LIVERPOOL| Tempat Koje| Football Update!

Simpanan hari tua anda

Mei 04| Jun 04| Julai 04| Ogos 04| Sept 04| Okt 04| Nov 04| Dis 04| Jan 05| Feb 05| Mac 05| April 05| Mei 05| Jun 05| Julai 05| Ogos 05| September 05| Oktober 05| Nov 05| Dis 05|